Hari ini, saya nak blog dalam Bahasa Melayu. Bukanlah BM saya terror sangat, walaupun saya belajar di sekolah Melayu (atau lebih dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan). Meskipun saya kerja dengan gomen dan ramai orang Melayu di sana, saya masih tidak boleh berbangga sangat dengan penguasaan Bahasa Kebangsaan saya.
Sesungguhnya, saya menggunakan Bahasa Melayu sekarang kerana sejak kebelakangan ini, saya lebih prihatin akan akhbar-akhbar Bahasa Melayu. Maklumlah, saya ni bekerja dengan seorang pemimpin yang dikatakan mewakili kaum Tionghua dalam kerajaan Persekutuan. Isu-isu yang dibangkitkan dalam akhbar Bahasa Melayu perlu saya halusi dengan lebih teliti.
Kadang-kadang spin di akhbar seperti Utusan Malaysia lain. Isu kekalahan BN di Bukit Gantang, umpamanya. Lepas itu, isu konnonnya parti bos saya mendesak kerajaan untuk jawatan TPM II. Baru-baru ini pula, isu liberalisasi sektor perkhidmatan serta kewangan dimainkan. Isu demam demam babi pun boleh disensasikan (saya masih ingat tidak berapa lama dahulu "khinzir" lebih kerap digunakan dari "babi").
Terpulang kepada siapa yang anda tanya, spin dalam sesetengah artikel itu boleh berbaur perkauman ataupun bersifat "nasionalistik" (eh, ada perkataan Melayu tulen untuk perkataan ini tak?). Takpe, sini bukannya forum untuk membincangkan spin dalam media massa.
Membaca akhbar Bahasa Melayu ada baiknya. Bukan sahaja nak sokong konsep 1Malaysia (eh, takde nada sinis di sini, ok?). Kadang-kadang berita dalam Bahasa Melayu ini cukup sensasi. Saya begitu terkilan mengikuti berita tentang "Chulan Pondan" di Kosmo tempoh hari. Kadang-kadang, selepas overload dengan berita-berita serius, cerita berbentuk tabloid boleh hilangkan stress.
Baru semalam saya sedar perkataan seperti "syok" digunakan juga di akhbar arus perdana seperti Berita Harian . Walaupun - berdasarkan vocab BM saya yang amat terhad - "ghairah" mungkin lebih sesuai, tapi "syok" juga melihat BH gunakan perkataan sedemikian.
Saya pernah terbaca tidak lama dahulu bahawa kolumn yang paling popular dalam setiap akhbar BM ialah Forum Agama dan "Tanya Tuan / Puan". Saya memang setuju dengan pandangan tersebut!
Friday, May 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
saudara memang kalakar. saya gemar membaca tulisan (errr.. atau 'penulisan'?) saudara.. penguasaan bahasa saudara juga bagus; saya pun tak boleh menulis seperti saudara.. maklum lah, spm cuma dapat C4 untuk bahasa malaysia.. :)
Salam sejahtera.
kita rakyat malaysia mesti bersatu padu. Buat apa PAS pun kata nak bertanding. PKR pun nak bertanding.
Anwar perlu teliti kalau wakil mereka macam budak Fairuz itu lari dari tanggungjawab, siapa yang tanggungjawab? Kan rugi duit dan masa rakyat?
Fairus dengan angkuh sekarang kata dia tidak bersalah dan akan balik kat politik selepas balik dari melanjutkan pelajaran. Dan PKR setuju dan tepuk tangan!
Lepas itu, bila orang suruh SPR teliti cadangan kenakan penalti terhadap wakil rakyat yang berhenti tanpa sebab munasabah, geng Pakatan, seperti Lim Kit Siang dan Faris Musa (timblan AMK) kata Dato' Mukhriz (timbalan menteri MITI) dan Tan Keng Liang (ketua pemuda gerakan kedah) yang keluarkan cadangan penalti terhadap orang yang tidak bertanggungjawab sebagai kenyataan daripada orang "tidak berakal". Lihat kat:-
http://www.suarakeadilan.com/sk/berita-utama/2009/04/4408
http://blog.limkitsiang.com/2009/04/21/why-there-should-be-by-elections-in-the-three-state-assembly-seats-of-jelapang-behrang-and-changkat-jering-in-perak-and-the-parliamentary-seat-of-kulai/
saudari arni,
nampaknya keputusan BM saudari semasa SPM begitu mengagumkan, atau lebih tepat dalam bahasa orang putih, "explosive"!
Saya sedikit teruja dengan penggunaan bahasa yang mengkagumkan dalam blog anda. Sila teruskan usaha yang murni ini demi bangsa dan negara. Moga kita akan bertemu lagi di cawangan Nasi Lemak Antarabangsa yang berhampiran. :)
Apabila anda menggunakan perkataan "Sesungguhnya", entah kenapa saya terfikirkan bos anda yang memang gemar menggunakan perkataan itu juga.
Tahniah, anda telah diasimilasikan (perkataan ini wujud ke???) dengan jayanya. :P
salam perpaduan saudara
membaca luahan hati saudara, maka saya amat terkesima. hati saya melonjak lonjak untuk turut melahirkan pandangan saya maka saya terpanggil dan teruja untuk melahirkan cetusan hati saya.
untuk pengetahuan saudara budiman, saya mendapat A1 dalam subjek bahasa malaysia waktu memduduki peperiksaan sijil pelajaran malaysia. saya amat berbangga kerana saya adalah satu satunya pelajar tunggal di sekolah saya yang mendapat keputusan sedemikian.
akhirkata saya meyudahi karaya saya dengan beberapa rangkap pantun
hendak gugur gugurlah nangka
jangan menimpa si ranting pauh
hendak tidur tidurlah mata
jangan dikenang orang yang jauh
PUCUK PAUH DELIMA BATU
ANAK SEMBILANG DI TAPAK TANGAN
SUNGGUH JAUH DI NEGERI SATU
HILANG DIMATA DIHATI JANGAN
KAJANG PAK MALAU KAJANG BERLIPAT
KAJANG HAMBA MENGKUANG LAYU
DAGANG PAK MALAU DAGANG BERTEMPAT
DAGANG HAMBA MENUMPANG LALU
saudara,
apsal perkataan "terkilan" digunakan untuk mendescribe perasaan saudara semasa membaca berita mengenai chulan pondan? rasanya, perkataan tersebut tidak sesuai dalam konteks ni. mungkin apa yang saudara maksudkan ialah terhibur. kesalahan sebegini tidak boleh dimaafkan memandangkan saudara mendapat A dalam spm. standard peperiksaan awam memang amat mencurigakan. namun, usaha saudara ini amat dialu-alukan dan patut dicontohi. tapi nyah, tak yah la formal sangat
Saudara,
Saya bangga. Saya amat berbangga.
Below Chief
Post a Comment